Projek ECRL Terengganu capai lebih 80 peratus kemajuan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan 80.28 peratus setakat Februari lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Beliau berkata, kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor, hasil kerjasama pelbagai pihak dalam proses pengambilan tanah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya manakala kerja-kerja pemasangan landasan dijangka siap hujung tahun ini.

"Dengan kemajuan kerja sebanyak 80.28 peratus di Terengganu dan 62.40 peratus secara keseluruhan, kita sebenarnya berada di landasan yang baik untuk projek siap sepenuhnya pada hujung Disember 2026.

"Di Terengganu kerja-kerja infrastruktur...sebahagian besar sudah diselesaikan. Selebihnya adalah kerja-kerja elektrifikasi, sistem dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL anjuran MRL dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL) pada malam Isnin.

Pembinaan projek ECRL di Terengganu merangkumi jajaran sepanjang 242 kilometer dari daerah Besut ke Kemaman.

Pembangunan turut melibatkan pembinaan enam stesen iaitu Stesen Jertih, Besut, Stesen Bandar Permaisuri, Setiu, Stesen Kuala Terengganu dan Stesen Kemasik, Kemaman yang akan berfungsi untuk mengangkut penumpang.

Sementara dua lagi stesen iaitu Stesen Dungun dan Stesen Chukai, Kemaman akan dibangunkan bagi tujuan pengangkutan kargo dan penumpang.

Jajaran ECRL sepanjang 665 dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap pada Disember 2026.

Apabila siap kelak masa perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Gombak hanya akan mengambil masa kira-kira tiga jam.

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
Baginda bertitah, langkah itu juga mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand. "Beta…