Projek RTS diteruskan: 61 peratus dibiayai kerajaan Singapura, 39 peratus kerajaan Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kos keseluruhan pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di sini dianggarkan bernilai kira-kira RM10 bilion, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, 61 peratus daripadanya dibiayai kerajaan Singapura manakala 39 peratus lagi ditanggung kerajaan Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Berdasarkan kepada perjanjian Singapura-Malaysia, nisbah (kos) ialah 61:39, lebih kurang jumlahnya ialah RM10 bilion. Singapura akan membiayai 60 hingga 61 peratus manakala pihak kita pula ialah 39 peratus dengan kos RM3.716 bilion.

 

"Maka, kos RM10 bilion itu ialah untuk jarak sepanjang empat kilometer. Jarak Malaysia ialah kira-kira 2.7 km dan 1.3 km untuk Singapura," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju meneruskan projek RTS dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bersama beberapa menteri kabinet masing-masing bertemu di tengah Tambak Johor sebagai simbolik persetujuan.

 

RTS, yang menjadi alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

 

Pembinaan projek RTS yang dianggap kompleks itu melalui beberapa siri dan tempoh perbincangan lama di bawah kepemimpinan tiga Perdana Menteri Malaysia dan ia dijangka menelan kos sebanyak RM3.7 bilion meliputi spesifikasi yang dipersetujui Malaysia dan Singapura.

 

rts 2

 

 

Ka Siong berkata, pembinaan RTS berkenaan akan dilakukan dalam dua fasa iaitu bahagian pertama pada awal 2021 hingga hujung 2024, merangkumi fasa pembinaan atau pembangunan struktur sivil.

 

"Fasa dua pula akan bermula awal 2025 hingga akhir 2026, melibatkan pembinaan sistem seperti isyarat, 'rolling stock', telekomunikasi, dan pengujian sistem," katanya.

 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keperluan mempunyai depoh Wadi Hana di Johor Bahru, Ka Siong berkata, depoh itu diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan RTS yang menggunapakai sistem Transit Aliran Ringan (LRT) kerana Singapura menggunakan sistem berlainan iaitu Mass Rapid System (MRT).

 

"Perlunya ada depoh di Wadi Hana ialah kerana kita menggunakan sistem LRT. Lagipun, PRASARANA mempunyai pengalaman mengendalikan sistem landasan LRT.

 

"Kita perlukan depoh penyelenggaraan, tempat untuk kita menyelenggara dan sebab itulah kita pilih Wadi Hana. Bagaimanapun saiz tanah untuk depoh berkenaan belum dimuktamadkan lagi kerana kita perlu berbincang dengan kerajaan negeri.

 

"Tetapi setakat ini, kita mengenal pasti 40 lot (tanah). Saiz sebenar akan dimaklumkan secepat mungkin," katanya.

 

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…
Informasi
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…