Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia sebagai pihak kontraktor menganjurkan 'bengkel mentor-mentee' untuk membantu meningkatkan kemahiran teknikal pekerja tempatan khususnya dalam bidang pembinaan jambatan.
Pegawai projek tersebut Zhao Zhifeng berkata pihaknya bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan tetapi turut komited membantu pekerja tempatan menjadi tenaga penting dalam pembinaan projek terbabit bahkan pembinaan infrastruktur negaranya sendiri melalui latihan vokasional berkenaan.
Sementara itu, pengurus pejabat projek jambatan tinggi RTS Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia, Huang Yili, berkata pihaknya bukan sahaja membawa rancangan, teknologi dan kebijaksanaan China ketika menjalankan pembinaan projek di negara asing, malah turut menerima dan membantu memupuk sebahagian pekerja tempatan yang bertanggungjawab dan berkemampuan dalam melaksanakan projek pembinaan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).