PROJEK SOLAR PROTON TERIMA ANUGERAH DI NEA 2023

oleh Firdaus Razani|
Inisiatif tenaga solar PROTON Tanjong Malim telah memenangi tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) dalam Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON bukan sahaja mencapai, tetapi melepasi matlamat awalnya yang mampan.

 

proton

 

Majlis NEA yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, telah mengiktiraf organisasi yang mengguna konsep dan amalan tenaga mampan yang selaras dengan matlamat negara mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050.

Majlis itu diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, urusan tahunan itu mempunyai empat kategori iaitu Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Khas.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara menerima hadiah wang tunai RM15,000.

proton

 

Sejak pelaksanaannya pada bulan Mei 2021 hingga bulan Jan 2024, panel solar tersebut telah mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 32,406 tan, iaitu lebih tinggi daripada ramalan sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun.

Ia bersamaan dengan mengimbangi lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim.

Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 GWj dan mengurangkan kos elektrik kemudahan sebanyak 11 peratus pada tahun 2023 dengan penjimatan melebihi RM10 juta.

 

proton

 

Ia telah mengukuhkan lagi komitmen PROTON untuk terus memupuk persekitaran operasi yang lebih hijau dan bersih.

Tambahan itu, ia dibina oleh Kumpulan Pekat dan syarikat bersekutunya MFP Solar, kemudahan panel solar tempat letak kereta berkeluasan 23.4 ekar dan menyediakan tempat perlindungan untuk 2,880 unit kereta baharu.

Sejak 2015, PROTON berdedikasi untuk mengurangkan pelepasan karbonnya, bermula dengan PROTON Green Wheel dan inisiatif Hijau PROTON yang terdiri daripada 5 fasa.

 

proton

 

Inisiatif itu telah membantu menjimatkan RM20 juta atau bersamaan dengan penjimatan 55,000 MWj dan lebih 40,000 tan pengurangan pelepasan CO2.

Seterusnya, PROTON menyasarkan Pelan Hala Tuju Tenaga 10 tahun bermula dari tahun 2020 dengan projek seperti pengembangan sistem fotovoltaik solar (PV), sistem penyimpanan tenaga bateri, sistem penyejukan district dan pemulihan haba sisa.

Ia sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus pada tahun 2025 dan 60 peratus pada tahun 2035.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…