PROLINTAS beri sumbangan naik taraf pusat penjagaan anak-anak penghuni Penjara Wanita Kajang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menjadi salah satu penaja bagi Projek Cradle for Inclusive Nurturing and Teaching Atmosphere (C.I.N.T.A CARE), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) telah memberi sumbangan untuk menaik taraf pusat penjagaan anak-anak penghuni Penjara Wanita Kajang.

Inisiatif CSR yang diterajui oleh alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan menggalakkan bagi anak-anak penghuni penjara terbabit sekali gus meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi mereka secara keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah berkata, “Untuk projek ini, kami telah menaja permainan dinding berbongkah lego BrickMatrix LEGO Artwork bagi merangsang kreativiti dan meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak, selain turut memberi pendedahan awal untuk pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) kepada mereka,”

 

2

 

“Kemudahan itu selari dengan konsep reka bentuk moden dan amalan terbaik penjagaan kanak-kanak yang ingin diterapkan di pusat penjagaan berkenaan termasuk penyediaan ruang montessori, bahan pendidikan, televisyen, ruang tidur serta ruang penyusuan khusus yang bersih dan selesa."

Menurut beliau, projek itu juga diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNESCO Malaysia).

PROLINTAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi usaha murni sedemikian, di mana sebelum ini PROLINTAS juga menyumbang kepada penambahbaikan peralatan dan kemudahan bengkel pembuatan pastri di penjara berkenaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kenyataan pada Jumaat, PNB berkata kajian strategik terhadap pelaburan dalam Prolintas sedang…
Berita Domestik
"Individu terbabit iaitu Zairulnizam Rohani serta Rostam Shahrif Tami sedang cuti sementara, masing…
Berita Domestik
Menurut PROLINTAS, pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa dan…