PROLINTAS jadi perintis buku panduan Tatacara Pelaksanaan Fungsi Teras SPRM

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) tampil selaku perintis bagi penerbitan buku panduan Tatacara Pelaksanaan Fungsi Teras Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang direka khusus untuk panduan Unit Integriti dan Governans bagi Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buku tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki pada Hari Integriti 2023 yang dianjurkan oleh PROLINTAS dengan kerjasama SPRM pada 4 September 2023.

Inisiatif itu menjadi simbolik misi usahasama berterusan antara PROLINTAS dan SPRM bagi menggalakkan ketelusan, integriti dan tadbir urus yang berkesan dalam ruang SBK.

Versi terbaharu buku tatacara itu telah dibangunkan secara teliti oleh Divisyen Pengurusan Integriti Agensi, SPRM yang dipimpin oleh Pengarah Divisyen berkenaan, Dato’ Nor Azmi Karim.

Manakala, PROLINTAS menjadi peneraju bagi terjemahan buku panduan berkenaan ke dalam Bahasa Inggeris dan menaja penerbitannya yang akan diedarkan ke lebih 300 SBK seluruh negara.

Melalui inisiatif PROLINTAS itu, SPRM telah menawarkan insentif pengecualian cukai kepada pihak syarikat selain menjadi penerbit bersama rasmi buku panduan itu.

 

2

 

Selain PROLINTAS, panduan baharu buku itu turut dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Khazanah Nasional Berhad, Indah Water Konsortium (IWK) dan UEM Sunrise Berhad.

Buku itu menjadi sumber penting bagi SBK khususnya bagi Unit Integriti dan Governans, selari dengan saranan Jabatan Perdana Menteri.

Ianya menerangkan panduan khusus bagi pihak terlibat untuk memperkukuh nilai integriti organisasi masing-masing sejajar dengan matlamat SPRM.

Sementara itu, pada program Hari Integriti 2023, sesi perkongsian ilmu dan forum turut diadakan yang memfokuskan topik-topik penting dalam bidang integriti, tadbir urus terbaik dan governans korporat.

Ianya telah disampaikan oleh panel jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang mereka termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.

Lebih 200 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Unit Integriti dan Governans SBK seluruh negara telah hadir ke program berkenaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…