Prolintas pasang 455 Jalur Gemilang di empat lebuh raya kendaliannya sehingga 16 September

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menyemarakkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia tahun ini, empat lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sekitar Lembah Klang dihiasi dengan 455 Jalur Gemilang hingga 16 September depan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Pengurus Besar (Operasi Lebuhraya) PROLINTAS Azmee Nin berkata, pemasangan bendera-bendera kebangsaan itu adalah sebahagian daripada siri aktiviti promosi yang dirancang oleh kumpulan syarikat bertujuan bagi merayakan semangat kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pengguna lebuh raya, pihak berkepentingan dan seluruh warga kerja PROLINTAS.

“Bendera-bendera kebangsaan itu dipasang pada setiap tiang lampu, plaza tol serta Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) di sepanjang jajaran empat lebuh raya PROLINTAS iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning Shah-Alam (LKSA) dan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (Kajang SILK).”
 

Prolintas


“Lima Jalur Gemilang bersaiz gergasi turut dipasang pada tiang tinggi di lima lokasi; Plaza Tol Dato’ Keramat di AKLEH, Plaza Tol Elmina di GCE, Plaza Tol Alam Impian serta Plaza Tol Sungai Balak dan Plaza Tol Sungai Ramal di Kajang SILK,” kata Azmee.

“Selaku syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Lembah Klang, menjadi tanggungjawab kami untuk menghidupkan perayaan Bulan Kebangsaan meskipun dengan kaedah yang masih bersederhana selari peralihan ke fasa endemik COVID-19 dan norma baharu,” tambah beliau.

Kumpulan PROLINTAS juga menjalankan kempen #MerdekaDenganPROLINTAS di laman media sosial rasmi syarikat melibatkan beberapa aktiviti menarik seperti trivia berkaitan sambutan kemerdekaan tahun 2022, siri kad pos memaparkan keunikan, warisan dan mercu tanda setiap negeri di Malaysia dan peraduan ‘#PROLINTASHiddenFlags’.

Peraduan ‘#PROLINTASHiddenFlags’ yang dijalankan sepanjang Ogos dan September menerusi akaun Instagram dan laman Facebook rasmi PROLINTAS mengajak warganet untuk mencari dan mengira Jalur Gemilang tersembunyi dalam poster yang dimuat naik.

5 penyertaan terpantas dengan jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang pada setiap minggu.

Peserta mestilah mengikuti laman Facebook rasmi dan akaun Instagram rasmi
PROLINTAS untuk menyertai peraduan tersebut.

Pemenang akan diumumkan pada jam 6 petang, 16 September 2022. Seramai 20 pemenang akan dipilih sepanjang kempen peraduan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM2,000.
 

Jak



Sistem Mesej Pelbagai (VMS) yang terletak di sepanjang empat lebuh rayanya juga diserikan dengan ucapan kemerdekaan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Logo rasmi syarikat yang terpapar pada entri laman web dan akaun sosial media rasmi syarikat turut dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang sehingga kempen tamat.

Selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, bahagian operasi lebuh raya PROLINTAS akan bersiap siaga memastikan perjalanan warga kota lancar pada sambutan kemerdekaan dan cuti umum hari ini memandangkan ini merupakan tahun pertama sambutan kemerdekaan diadakan secara fizikal selepas dua tahun tidak diadakan
ekoran pandemik COVID-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PROLINTAS, pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa dan…
Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…