PROLINTAS serah sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat Elmina

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) baru-baru ini telah menyantuni seta menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat di Persimpangan Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sumbangan merupakan inisiatif CSR dan tanda keprihatinan syarikat sebagai penyedia lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Beliau berkata, “Kami bersimpati terhadap keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat tersebut dan diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menghadapi ujian ini.”

Sharipuddin Shaari, wakil bagi PROLINTAS pada 12 September telah hadir menziarah keluarga salah seorang mangsa nahas, pemandu e-hailing di kediaman mereka di Sepang, Selangor.

 

2

 

Dana sumbangan telah disampaikan kepada balu dan anaknya, Suriani Muda dan Muhamad Sharul Izuan Sharipuddin.

Manakala, sumbangan turut diserahkan kepada waris seorang lagi mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, penghantar makanan di pejabat pentadbiran PROLINTAS pada 1 September lalu.

Pada 17 Ogos sekitar jam 2.50 petang, 10 mangsa disahkan maut di lokasi insiden selepas pesawat terhempas di atas overbridge Persimpangan Elmina yang terletak dalam kawasan penyelenggaraan Lebuhraya GCE.

Dua dari 10 mangsa tersebut merupakan pengguna lebuh raya yang melalui lokasi berkenaan ketika kejadian.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…