PROMOSI TAHUN BARU CINA, BELI TAYAR GOODYEAR DAN DAPAT KREDIT E-WALLET SEHINGGA RM50

oleh Firdaus Razani|
Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, jenama tayar, Goodyear Malaysia mengumumkan promosi terbaharu mereka iaitu Drive Towards Prosperity.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO apabila memilih tayar jenama Goodyear untuk kereta mereka.

 

GOODYEAR

 

Pelanggan yang membeli dua biji tayar berukuran 16” dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ’n Go berjumlah RM20.

Manakala mereka yang membeli empat biji tayar berukuran 16” dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ’n Go berjumlah RM50.

Promos yang bermula dari hari hingga 29 Februari tersebut merupakan komitmen Goodyear untuk menyediakan produk dan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

 

Langkah 1: Beli sama ada dua atau empat biji tayar pengguna Goodyear berukuran 16” dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada, Shopee atau baucar Goodyear Grab (SNPL).

Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres. 

Langkah 3: Terima mesej WhatsApp daripada nombor Goodyear Malaysia (012-998 8410) untuk tujuan pengesahan dan pembayaran balik Touch ‘n Go.

Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyerahan berjaya.

 

GOODYEAR

 

Tambahan itu, pelanggan tayar Goodyear juga berhak mendapat waranti komprehensif selama satu tahun jaminan iaitu Waranti Worry Free Assurance (WFA).

Waranti tersebut merupakan jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.

Pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali dan jaminan lima tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Harga jualan Neta V ialah RM99,800 dan pembeli akan menerima baucar tunai bernilai RM10,000, selain…