Menerusi promosi tawaran ini, pelanggan boleh menikmati kadar faedah serendah 0.88 peratus untuk varian Triton terpilih dengan pembiayaan perbankan dari Maybank atau Public Bank.
Pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium juga boleh memilih untuk menikmati kadar faedah rendah 0.88 peratus atau rebat tunai bernilai sehingga RM9,000.
Sementara itu, mereka yang membuat tempahan untuk model Triton Knight, Triton VGT AT, Triton VGT MT dan Triton Quest 4X2 akan mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM8,000.
Bagi model Outlander pula, ia didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun serta rebat tunai bernilai RM4,000 untuk varian 2.0 dan RM2,000 untuk varian 2.4.
Turut tidak ketinggalan adalah ASX, yang boleh didapati dengan rebat tunai bernilai RM8,000 untuk varian 2WD dan RM12,000 untuk varian 4WD.
Selain itu, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Mitsubishi berpeluang untuk memenangi syiling emas bernilai RM888 dengan perbelanjaan minimum RM688.