Proton catat jualan eksport 699 unit, tertinggi dalam tempoh 98 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Mei 2021, Proton telah berjaya mencatatkan jualan kenderaan berjumlah 699 unit sekaligus merangkap jualan tertinggi yang dicapai dalam tempoh 98 bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna dalam tempoh sehingga penghujung Mei, jumlah jualan adalah sebanyak 174 peratus daripada sasaran berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan kurang 6 peratus sahaja berbanding keseluruhan tahun 2020.

Walaupun Pakistan merupakan pasaran baru bagi Proton, akan tetapi dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2021 ia telah menjadi pasaran eksport terbaik.

Mesir menerusi pengimport Alpha Ezz El-Arab berjaya menduduki tangga kedua sementara Brunei yang telah menjual kereta Proton sejak tahun 1987 pula menduduki tempat ketiga terbaik dari segi jualan pada bulan Mei.

Meskipun kehadiran Proton di pasaran ASEAN terhad kepada Brunei sahaja, namun syarikat itu mempunyai perancangan untuk meluaskan jualan ke dua pasaran terbesar iaitu Thailand dan Indonesia dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…