Proton catat peningkatan jualan 12.3 peratus untuk 10 bulan pertama 2023

oleh Penyumbang Rencana 2|
PROTON menjana pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut dengan jumlah jualan sebanyak 12,772 unit pada bulan Oktober, menjadikan angka tahun sehingga kini (YTD) kepada 129,604 unit (domestik + eksport) untuk 10 bulan pertama bagi tahun 2023, atau peningkatan sebanyak 12.3% berbanding tahun sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan pada bulan Oktober meningkat sebanyak 4.4% kerana jumlah volum industri (TIV) diramalkan telah melebihi had 70,000 unit untuk kali ketiga bagi tahun 2023.

Pegangan pasaran keseluruhan PROTON dianggarkan pada 20.1% kerana volum YTD bagi keseluruhan industri automotif telah melebihi 645,000 unit dan berada di landasan untuk memecahkan rekod sepanjang masa.

Sepanjang bulan Oktober, Proton telah berjaya menjual sebanyak 6,322 unit Proton Saga, atau peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding bulan terdahulu sekaligus mengekalkan status sebagai model yang paling popular, diikuti Proton Persona (2,041 unit), Proton X50 (2,021 unit), Proton X70 (927 unit), Proton Iriz (589 unit), Proton X90 (479 unit), dan akhir sekali Proton Exora (393 unit) yang kini telah pun ditamatkan pengeluarannya. 

“Berikutan bulan September yang agak sunyi, jualan automotif melonjak semula pada bulan Oktober apabila pasaran mencatatkan bulan jualan kedua terbaik untuk tahun ini. Dengan baki dua bulan kalendar penuh, ia dijamin industri akan menetapkan rekod TIV baharu untuk tahun kedua berturut-turut, yang mencerminkan bukan sahaja permintaan pelanggan tetapi juga jumlah kecairan pasaran.

“PROTON telah mendapat manfaat daripada keadaan pasaran ini dan dengan jualan kami yang meningkat sebanyak 12.3% tahun ini, kami terus melebihi kadar pertumbuhan TIV. Ini dicapai walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi baru-baru ini, yang telah diatasi dengan tindakan pantas dan tegas yang diambil oleh syarikat.

"Menuju ke arah dua bulan terakhir tahun 2023, kami optimis untuk melepasi sasaran disamping bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model baharu untuk meletakkan posisi syarikat bagi permulaan yang hebat untuk tahun 2024,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
 
Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…