Proton disaman RM522.91 juta oleh bekas rakan kongsi China

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Automobiles China Ltd (PACL) anak syarikat tidak langsung Proton Holdings Bhd telah disaman sebanyak RMB860.61 juta (RM522.91 juta) oleh bekas rakan kerjasamanya.

Tuntutan saman itu dibuat di Mahkamah Tinggi Guangdong China.

PACL dan Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dinamakan sebagai defendan dalam aduan awam yang dinamakan oleh Goldstar Heavy Industrial Co Ltd.

Kedua-dua syarikat ini perlu hadir ke mahkamah pada 9 Julai ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata, tuntutan itu berkaitan dengan kontrak dalam pemilikan 50.1 peratus kepentingan dalam subsidari Proton, Lotus Group International Ltd (LGIL) dan Goldstar pada 17 April 2015 bagi mewujudkan syarikat kerjasama – Goldstar Lotus Automobile Co. Ltd (GLAC).

PACL adalah anak syarikat milik penuh PONSB dan PONSB adalah anak syarikat Proton Holdings Berhad yang dikuasai DRB-Hicom sebanyak 50.1 peratus.

Proton pula mempunyai 40 peratus kepentingan GLAC, LGIL 10 peratus dan Goldstar 10 peratus.
 


GLAC sepatutnya memproduksi dan menjual kereta jenama Lotus serta alat ganti termasuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan di China.

 

Bagaimanapun, selepas gagal memperoleh lesen pengeluaran dengan lanjutan tarikh akhir pada 31 Disember 2017, kontrak kerjasama itu telah dibatalkan pada 22 Januari tahun lalu.

 

Berikutan itu, GLAC tidak dapat memulakan operasi perniagaan.

 

DRB-Hicom dan penasihat undang-undangnya mengkaji semula tuntutan yang diminta oleh Goldstar dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankannya.

 

“Kumpulan itu akan membuat pengumuman lanjut apabila ada perkembangan penting,” katanya.

 

DRB-Hicom juga menegaskan bahawa saman undang-undang semasa tidak akan melibatkan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd kerana kepentingan ekonomi Proton dan LGIL dalam GLAC dipindahkan ke DRB-Hicom pada 29 September 2017. – MalaysiaGazette
 

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…