Proton kini pengedar sah kenderaan tenaga baharu smart di Malaysia, Thailand, mula jual Q4 2023

oleh Mohamad Hanif|
Proton hari ini memuktamadkan perjanjian untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu berjenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model pertama smart akan dijual secara rasmi oleh Proton menjelang suku akhir 2023 (Q4 2023).

Selain daripada menjual dan menawarkan perkhidmatan servis kepada model-model smart, Proton juga mengumumkan hasrat untuk melabur di dalam rangkaian fasiliti pengecasan menerusi kerjasama dengan pembekal tempatan.

 

Smart

 

Di samping itu, Proton bakal menyedia dan memasang unit pengecasan domestik untuk pelanggan yang berhasrat mengecas kenderaan mereka di rumah.

Proton juga mengumumkan hasrat untuk memodelkan operasi jualan smart dengan menekankan integrasi gaya hidup digital serta penyelesaian digital yang merangkumi perancangan perjalanan, ketersediaan pengecas dan pertimbangan pembelian.

Menurut Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "hari ini merupakan satu langkah besar bagi Proton dalam menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu.

"Fasa pertama kerjasama dengan smart bukan tertumpu kepada penjualan semata-mata, tetapi mengambil pengetahuan dan pengalaman dari segi pengendalian servis, pengecasan EV serta cara berinteraksi dengan pelanggan.

"Peralihan ke dalam segmen pasaran ini juga akan membantu memacu Proton ke ara menjadi syarikat yang lebih mesra alam dalam semua aspek operasi, di samping berusaha membantu Malaysia mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.

Baca: smart #1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…