Proton lanjut tempoh jaminan transmisi auto X70 CBU kepada 5 tahun/perbatuan tanpa had

oleh Mohamad Hanif|
Proton dalam satu kenyataan yang dihantar kepada para pengedarnya telah menyemak kembali perlindungan jaminan terhadap transmisi automatik enam kelajuan SUV kegemaran ramai, Proton X70.

Menurut laporan daripada rakan media Paultan, tempoh jaminan bagi komponen transmisi tersebut telah dilanjutkan kepada lima tahun dengan perbatuan tanpa had berkuatkuasa serta merta, berbanding penawaran terdahulu yang terhad kepada tiga tahun dan perbatuan 60,000 km (yang mana tiba dahulu).

Untuk memastikan jaminan ini kekal sah, pemilik X70 perlu mematuhi selang servis yang telah ditetapkan oleh pengeluar, iaitu selama enam bulan atau 10,000 km.

Laporan itu turut menyebut, Proton akan turut memberikan nombor bahagian khusus bagi kenderaan dengan jarak perbatuan kurang tiga tahun/60,000 km, serta bagi kenderaan yang telah melebihi tempoh masa dan perbatuan yang telah ditetapkan.

Semakan ini walau bagaimanapun tidak merangkumi komponen-komponen mekanikal yang lain, seperti contoh enjin, serta tidak tertakluk kepada model X70 yang telah dilengkapi transmisi DCT sejak Disember 2020.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegangan pasaran PROTON bagi bulan Jun dianggarkan berada pada 20.7%, peningkatan sebanyak 1.1%…
Berita Domestik
Sebagai tindak balas, Proton sedang berusaha menghalang UCM Automotive daripada memfailkan petisyen…
Berita Domestik
Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan penyetempatan komponen berteknologi tinggi bagi…