Proton - MSF Merdeka Race Carnival 2022 sedia pelbagai aktiviti, promosi terhad 27-28 Ogos ini!

oleh Mohamad Hanif|
Proton menjalin kerjasama dengan penganjur siri perlumbaan MSF Saga Cup, iaitu Malaysia Speed Festival untuk penganjuran acara MSF Merdeka Race Carnival 2022 pada 27-28 Ogos ini bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah asal perlumbaan Proton 300 km Merdeka Race yang diadakan lewat tahun 90-an, di mana ia pertama kali diadakan di Litar Sepang pada 11-13 Disember 1998.
 

Sepanbg


Kolaborasi penajaan ini bakal membawakan jenama Proton lebih dekat dengan para peminat sukan permotoran tanah air, dengan pelbagai jenis aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang dua hari itu, seperti:

-Bazar Trak Makanan
-Pameran kereta baharu Proton, serta sesi pandu uji
-booth simulasi perlumbaan menampilkan jentera perlumbaan Proton Saga di Litar Sepang
-Sepang Hot Lap Taxi Rides oleh pasukan Proton R3
-Sepang Drive Experience di Litar Sepang (2-4pm Sabtu)
-pertunjukan secara langsung sistem keselamatan aktif ADAS Proton
 

MSF


Salah satu sorotan utama pada hujung minggu ini adalah cubaan untuk mencatatkan rekod terbaharu di dalam Malaysian Book of Records di mana pemandu aksi lasak Faidzal Alang akan menggunakan sebuah Proton Saga mengelilingi Litar Sepang sepanjang 5.56 km dengan menggunakan dua roda sahaja.

 

Selain itu, terdapat promosi khas untuk model terbaharu Proton, termasuklah pakej pembiayaan dan alat ganti, barangan eksklusif, serta penilaian dan pemeriksaan percuma untuk kereta-kereta Proton.
 

Saga


Rakyat Malaysia digalakkan mendaftar terlebih dahulu di laman web https://bit.ly/MSFRegistration2022 dengan mengisi butiran peribadi, kod pengesahan yang dihantar ke peranti pintar sebelum menekan butang 'Submit'.

Satu emel atau SMS pengesahan akan dihantar ke alamat emel dan peranti pintar, di mana pengunjung hanya perlu mengemukan bukti tersebut di pintu masuk paddock Litar Sepang untuk menebus pas kemasukan.

Lebih banyak info boleh didapati menerusi laman web media sosial Proton.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…