Proton nasihat pemilik Exora tidak beli komponen OCH alternatif

oleh Mohamad Hanif|
Proton menasihatkan para pemilik MPV Exora supaya tidak membeli komponen hos penyejuk minyak (OCH) tempahan khas bagi mengelakkan kerosakan yang tidak diingini berlaku.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Ketua Pengurusan Kandungan Proton Faisal Shah menjelaskan, pembekal OCH alternatif diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan ujikaji komponen buatan mereka.

“Isu spesifik seperti OCH pada Proton Exora adalah salah satu isu yang sedang diberi perhatian dan kita usahakan untuk menyelesaikannya. Proton menasihatkan pengguna supaya tidak membeli komponen tidak tulen.

“Bagi Proton Exora yang menggunakan enjin turbo, ia adalah satu model yang telah dilancarkan pada 2011 tetapi, pihak syarikat masih melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan prestasinya, termasuk menyelesaikan apa-apa isu yang ada seperti OCH,” katanya kepada FMT.

Isu OCH pecah membelenggu setiap pemilik Proton Exora, malah ada yang menyifatkan isu ini sebagai bom jangka yang mampu mengakibatkan masalah pada bila-bila masa.

Malah, sekiranya anda rajin menyemak Kelab Pemilik Exora Malaysia di Facebook, ada di antara ahli kumpulan tersebut yang terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000 selepas tiada sebarang penyelesaian berkesan daripada Proton sejak dari tahun 2011.

Sebelum ini, Proton telah pun menjalankan alternatif dengan melakukan kempen servis dan menggantikan OCH kenderaan yang terjejas, selain menukarkan status hos sebagai komponen yang perlu ditukar setiap 40,000 km.

Menurut Faisal lagi, Proton juga telah membangunkan bahagian hos separuh besi pada tahun 2018 yang dikatakan mampu memanjangkan hayat hos kepada 80,000 km dan membolehkan ia bertahan pada suhu dan tekanan yang lebih tinggi.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran…