Proton, Perodua masih penuhi kriteria syarikat kereta nasional - MITI

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) masih lagi diklasifikasikan sebagai pengeluar kereta nasional berdasarkan sumbangan kedua-dua syarikat itu kepada industri automotif tempatan, menurut laporan Bernama.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong, kedua-dua syarikat kereta tersebut harus memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dipatuhi.

“Dengan adanya kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang dapat memenuhi kriteria-kriteria itu juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai Projek Kereta Nasional,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
 

Ativa


Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mahu tahu sebab Proton masih diberikan pelbagai layanan istimewa memandangkan ia bukan lagi kereta nasional.

Liew berkata antara kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai ‘Malaysian Vehicle Project’ boleh dijadikan panduan termasuklah majoriti pemilikan tempatan, memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian pembekalan tempatan, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu sekitar 8,500 orang di mana 99 peratus adalah rakyat tempatan, katanya.
 

proton


“Proton melantik lebih daripada 180 syarikat tempatan Tahap-1 dalam rantaian pembekalan keseluruhannya dan nilai purata perolehan tempatan adalah antara 75 peratus sehingga 80 peratus  terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, MITI akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua ke atas kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan bersedia untuk mengemaskini dasar dari masa ke semasa seiringh dengan perkembangan industri automotif global.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Indonesia merupakan satu-satunya negara (Asean) yang telah memperkenalkan subsidi untuk EV bagi…
Informasi
"Kami belum membincangkan ini lagi (memansuhkan sistem AP), (tiada) belum ada hasrat," katanya…
Berita Domestik
Antara keperluan yang perlu dilakukan oleh Tesla ialah memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger…