Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong dalam satu acara yang berlangsung di Proton COE, siang tadi.
Bagi pembaca yang setia mengikuti perkembangan Careta, kami pernah sebelum ini menyiarkan beberapa keping gambar sedan yang penuh dengan pelekat samaran diuji di lokasi tertentu.
Sedan Proton S50 dengan nama kod SS11 itu menggunakan asas daripada Geely Emgrand, dengan platform BMA yang sama digunakan pada model Proton X50.
Dari segi ukuran, ia membawakan dimensi sepanjang 4,638 mm, lebar 1,820 mm, tinggi 1,460 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.
Ini bermakna, dimensi Proton S50 bakal mengatasi pesaing-pesaing di dalam segmen B seperti Honda City dan Toyota Vios.
Di pasaran China, Geely Emgrand dibekalkan dengan enjin 1.5 liter NA dengan janaan kuasa 114 PS dan daya kilas 147 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT. Berkemungkinan besar enjin X50 akan turut ditawarkan pada model sedan ini.
Apa yang penting ialah, tanda harga yang bakal diletakkan oleh Proton pada model sedan terbaharu ini.
Sebagai perbandingan, Honda City 2023 dijual pada harga bermula dari RM85k-RM110k sementara Toyota Vios pula mempunyai julat harga dari RM90k hingga RM95k.
Sumber: Paultan