Proton S70 R3 buat penampilan pertama di MAS2024

oleh Firdaus Razani|
PROTON, akan melancarkan kereta lumba baharu iaitu PROTON S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports di Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang bermula 22 hingga 26 Mei 2024.

Proton S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada tahun 2019, menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.

 

r3

 

Setakat hari ini, Proton R3 mempunyai lima kemenangan di tangannya, lebih banyak daripada pasukan yang lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.

 

r3

 

Jentera lumba serba baharu ini adalah terusan dari legasi perlumbaan PROTON, yang bermula dari era sebelum R3 apabila syarikat bersaing dalam rally dan perlumbaan litar dengan Proton Saga.

 

r3

 

Masih lagi dalam pembangunan, kereta yang dipamerkan menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini.

 

r3

 

Dua unit kereta baharu ini bakal beraksi oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km tahun ini.

Selain itu, PROTON turut membuat tawaran menarik sepanjang acara di Malaysia Autoshow 2024.

Pembeli dan pengunjung dapat meningkatkan pengalaman mereka di Malaysia Autoshow 2024 dengan promosi eksklusif dan ganjaran dari PROTON sepanjang acara tersebut.

 

r3

 

Pengunjung yang terus membuat tempahan model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa wayar untuk model terpilih.

Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024.

Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model PROTON S70, Saga, dan Persona.

Terdapat juga Test Drive Lucky Spin di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Telah Diuji
Seperti sedia maklum, Proton S70 ini merupakan sebuah sedan kompak yang menggantikan model sedan…