Proton Wira kereta paling kerap dicuri untuk tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun sudah lama dihentikan produksinya, namun sedan Proton Wira kekal menjadi pendahulu sebagai kereta yang paling kerap dicuri untuk tahun 2020 berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun lalu, sebanyak 353 unit Proton Wira dilaporkan dicuri, diikuti oleh Proton Iswara (273 unit) dan trak pikap Toyota Hilux (209 unit).

Kenderaan paling laris Perodua, Myvi juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kecurian dengan jumlah 131 unit, tidak jauh jika dibandingkan dengan abang sulungnya Perodua Kancil (114 unit), diikuti oleh Proton Saga (110 unit), Proton Waja (85 unit), Honda Civic (85 unit), Honda City (75 unit) dan Toyota Vellfire (60 unit).

Menurut VTREC, sebanyak 7,400 unit kenderaan menjadi mangsa kecurian dengan penurunan kes sebanyak 37 peratus berbanding 11,675 unit kenderaan pada tahun 2019.

Selangor mencatatkan jumlah kes kecurian yang paling tinggi untuk tahun 2020, iaitu 2,332 unit diikuti Kuala Lumpur (1,572 unit), Johor (1,006 unit), Kedah (495 unit) dan Sarawark (454 unit).

Sumber: Paultan, VTREC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Ia merupakan jumlah yang paling rendah pernah dilaporkan berbanding pada tahun 2019 iaitu…
Berita Domestik
Pertandingan tersebut dianjurkan bersempena dengan kempen kesedaran PDRM-VTREC Vehicle Theft Public…