Proton wujudkan laman tempahan online untuk Proton X70 17 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak pengenalan rasmi dibuat, Proton sudah mula membuka tempahan bagi para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan SUV Proton X70 menerusi pusat pameran yang terpilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bermula pada 17 Oktober ini, pihak Proton bakal menambah satu lagi medium bagi memudahkan orang ramai mendaftarkan minat mereka tanpa perlu mengunjungi pusat pameran Proton. 

Sebuah laman web khas untuk Proton X70 akan dilancarkan pada 17 Oktober ini dan bakal memaparkan kesemua varian SUV X70 yang bakal dijual di pasaran Malaysia termasuklah spesifikasi ringkas untuk setiap varian.

 

Menerusi laman web ini, para pembeli yang berminat akan disajikan dengan informasi varian yang ditawarkan dan seterusnya pada fasa tempahan, mereka boleh memilih varian SUV yang mereka kehendaki, sehinggalah kepada warna pilihan sebelum membuat bayaran tempahan juga menerusi dalam talian. 

Menurut Dr Li Chunrong, CEO Proton, laman web ini bertujuan untuk mengenalpasti trend permintaan di kalangan rakyat Malaysia, seterusnya memberikan info kepada Proton untuk merancang bilangan produksi untuk setiap varian dengan lebih berkesan sehinggalah kepada fasa pengedaran kenderaan kepada para pelanggan tanpa perlu menunggu dengan lebih lama. 

Nantikan pengumuman Proton pada 17 Oktober ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…