Proton X70 kekal sebagai model terlaris Proton

oleh SALINA JALIL|
Selepas sebulan mencatatkan jualan yang tinggi pada bulan Mei, Proton meneruskan momentum kenaikan jualan pada tahun 2019 dengan mencatatkan jumlah pegangan pasaran tertinggi sejak Julai 2015.


Jualan sebanyak 7,615 unit pada bulan Jun adalah angka kedua tertinggi yang dicatatkan oleh Proton dalam tahun ini dan menjadikan pegangan sebanyak 18.1 peratus daripada pasaran automotif Malaysia dalam tempoh sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Seperti kebiasaannya angka penurunan pada jumlah penjualan kenderaan selepas cuti perayaan dan bulan Jun yang lalu tidak terkecuali sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri.

 

Namun Proton berjaya mencatatkan peningkatan angka jualan sebanyak 23 peratus berbanding Jun 2018 dan ini telah membantu Proton mendapat kedudukan kedua dalam jadual jualan untuk bulan ketiga berturut-turut.


 
Jumlah ini telah menyumbangkan kepada pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 61 peratus untuk enam bulan pertama tahun 2019.

 

Proton X70 terus kekal menjadi produk Proton paling popular dengan jumalah 15,175 unit yang telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempuh separuh tahun pertama 2019.


 

 

Proton Saga pula terus mendapat permintaan dengan jualan sebanyak 2,541 unit sehingga bulan Jun dan secara keseluruhan pertumbuhan sebanyak 27 peratus.

 

Selain itu model-model yang kini telah dilengkapi dengan ciri-ciri pintar seperti Proton Persona, Iriz dan Exora 2019 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 108 peratus, 180 peratus dan 135 peratus berbanding jumlah tempahan model semasa.


Sehingga akhir bulan Jun, Proton mempunyai sebanyak 91 cawangan yang telah ditambahbaik.

 

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata,"strategi kami untuk meningkatkan kehadiran Proton dengan meningkatkan jumlah cawangan 3S/4S di dalam rangkaian kami adalah untuk memastikan Proton dapat memberi pengalaman jenama yang premium kepada semua pelanggan. Pasukan pembangunan rangkaian kami sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kami dan diharapkan penambahbaikan ini memberi kesan positif kepada skor SSI dan CSI Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…