Proton X70 kelahiran Tanjung Malim bakal turun harga!

oleh Mohamad Hanif|
Satu berita menarik yang bakal menanti para pelanggan Proton yang tidak sabar mahu memandu sebuah Proton X70 kelahiran Tanjung Malim, apabila ia dijangka menerima penurunan harga menjelang pelancarannya kelak.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut AmInvestment Bank dalam satu kenyataan bertarikh 20 Ogos, Proton X70 pemasangan tempatan itu akan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga jualan sedia ada. 

"Pihak pengurusan DRB-Hicom juga turut memberikan petunjuk bahawa akan ada pengurangan harga bagi SUV yang bakal dilancarkan November ini," jelas nota yang dihantar oleh pihak tersebut. 

Dengan pelancaran Proton Saga yang baharu sahaja berlangsung, pihak bank yakin Proton akan mampu mengekalkan momentum jualannya untuk tahun ini. 

Menurut laporan media, syarikat automotif pertama negara itu telah berjaya mendaftarkan sebanyak 8,600 unit untuk bulan Julai, dengan penguasaan pasaran sebanyak 16.5 peratus dan 15 peratus untuk keseluruhan pegangan tahunan. 

"Walaupun angka rasmi dari Malaysia Automotive Association (MAA) masih lagi belum diterima, terdapat peluang yang tinggi menunjukkan bahawa Proton kini telah mendahului Honda dan menduduki tempat kedua di dalam pegangan pasaran.

"Dengan momentum yang diperoleh daripada model berasaskan volum seperti Persona dan Iriz, kami percaya Proton mampu untuk mengekalkan kedudukan di belakang Perodua untuk tahun ini.

Sumber: CarSifu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…
Berita Domestik
Ini bermakna, Proton telah berjaya pulih semula daripada permulaan yang perlahan pada suku kedua…