PRU15 - Tiket kapal terbang MAS laris, 70,000 tempahan direkodkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menjelang hari pengundian pada 19 November ini, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines Berhad (MAS) telah melancarkan kempen 'Jom Balik Mengundi' pada 20 Oktober lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif MAS Berhad, Kapten Izham Ismail mengesahkan menerima peningkatan kadar tempahan tiket penerbangan domestik luar biasa sehingga lebih tujuh peratus berbanding purata jualan harian biasa.


Sambutan penumpang untuk membeli tiket penerbangan sangat menggalakkan apabila hampir 70,000 tempahan tiket sudah direkodkan setakat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikutan itu, Izham menegaskan pihaknya telah meningkatkan kapasiti jualan tiket penerbangan kepada 30 peratus meliputi destinasi domestik di dalam semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Kelantan serta Sabah dan Sarawak.

 

"Pada Isnin, kerajaan telah mengumumkan cuti umum pada 18 November, ia pastinya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung untuk mengundi.

 

"Justeru, MAS telah menyediakan sejumlah 140,000 tiket penerbangan tambahan dengan mengoptimumkan pengoperasian semua pesawat kami untuk menyokong kelancaran pengangkutan udara demi kemudahan rakyat pada PRU15 nanti," katanya kepada Sinar Premium.

 

Bagi menyokong kelancaran pelaksanaan PRU15, MAS turut menambah pengoperasian pesawat syarikat itu daripada 26 kepada 44 buah selain menaik taraf perkhidmatan domestik menggunakan pesawat lebih besar iaitu A330 ke beberapa destinasi di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk kemudahan pengundi.

 

Beliau menjelaskan pengundi yang menggunakan khidmat MAS dan menempah tiket syarikat itu bermula 11 hingga 27 November ini, boleh menikmati diskaun 20 peratus bagi penerbangan sehala dengan kadar harga murah bermula RM104.

 

"Bagi tambahan frekuensi penerbangan sepanjang PRU15 bermula 18 hingga 21 November, laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu melibatkan tambahan sembilan frekuensi melibatkan empat pesawat, diikuti Kuala Lumpur-Terengganu (3), Kuala Lumpur-Tawau (4), Kuala Lumpur-Sandakan (3), Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (1), Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (1) dan Kuala Lumpur Kuching (2).

 

"Jumlah keseluruhan tambahan frekuensi penerbangan MAS ke seluruh destinasi domestik adalah berjumlah 22 laluan," kata Izham lagi.

Berita Berkenaan

Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Global
Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari…