Public Bank dan Perodua tandatangan MoU untuk kemudahan pembiayaan kereta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Public Bank Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) telah menandatangani MoU bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga sah Perodua untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang lengkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantaramuka dan memudahkan digitalisasi melalui penghantaran permohonan pembiayaan akhir sewa beli secara dalam talian kepada Bank, termasuk memuat naik dokumen permohonan asas dan menyemak status permohonan.

Pengarah Urusan dan CEO, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, “Perodua juga merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia."

"Di pihak kami, menyokong pertumbuhan industri EEV merupakan tunggak penting bagi agenda Bank dalam menangani perubahan iklim, yang mana Public Bank memperuntukkan lebih RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan pada akhir tahun 2022."

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV, Public Bank menaikkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.”

Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, urus janji tiga penjuru itu memenuhi keperluan aktiviti semasa dan masa hadapan Perodua.

“Saya harap kerjasama ini akan membawa kedua-dua organisasi ke tahap yang lebih tinggi,” ujar beliau.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantara muka dan memudahkan pendigitalan melalui…
Berita Domestik
Bagi pembiayaan Islam, RHB akan terus mematuhi prinsip tanpa keuntungan kompaun, menurutnya. “…