Public Bank dan smart Malaysia bekerjasama ke arah pendigitalan perkhidmatan pembiayaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Public Bank dan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penyediaan kemudahan pembiayaan produk dan perkhidmatan kewangan lengkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantara muka dan memudahkan pendigitalan melalui permohonan pembiayaan akhir sewa beli dan pembiayaan Penstokan Lantai secara dalam talian dengan Aplikasi pelanggan smart dan penjual sahnya.

Seperti kita sedia maklum, PRO-NET merupakan pengimport dan pengedar eksklusif sah bagi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, di mana perjanjian strategik itu dijangka akan meningkatkan jualan EV baharu syarikat tersebut.

Model pertama yang bakal diperkenalkan di bawah pengurusan PRO-NET ialah model EV serba baharu smart, iaitu #1 yang telah didedahkan secara umum sebelum ini.

 

2

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, “Menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kami."

"Bank telah memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, yang mewakili kira-kira 52% daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan Sewa Beli Bank."

"Untuk membuktikan komitmen Bank, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025."

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah turut berkata, "Melalui kerjasama dengan Public Bank, matlamat kami adalah untuk mempercepatkan proses pembelian, menyediakan kemudahan dan membentuk semula pengalaman digital pelanggan."

"PRO-NET dan smart mengutamakan inovasi dan kepentingan pelanggan serta komited untuk terus menawarkan penyelesaian premium dan bersama-sama mencorak masa hadapan yang lebih baik untuk para pelanggannya yang dihargai."

“Sebagai jenama EV pertama yang bekerjasama dengan Public Bank, smart merupakan perintis terawal dalam transformasi persekitaran digital industri perbankan.”

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantaramuka dan memudahkan digitalisasi melalui…
Berita Domestik
Bagi pembiayaan Islam, RHB akan terus mematuhi prinsip tanpa keuntungan kompaun, menurutnya. “…