Pulang mengundi dengan tawaran menarik dari SOCAR X TREVO

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, dan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengamalkan kewajipan dengan membuang undi di kawasan masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat mengundi tempatan pastinya menjadi satu cabaran terutama sekali mereka yang jauh dari negeri asal.

Pengangkutan awam menjadi antara salah satu pilihan utama bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman untuk mengundi, namun ia bukan lah pilihan terbaik terutama sekali di waktu puncak.

Begerak mengikut peredaran masa, kini terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta secara atas talian sebagai salah satu alternatif bagi memudahkan mereka yang memerlukan.

Bagi menyediakan kemudahan itu, SOCAR dan TREVO telah menawarkan perkhidmatan sewa kereta dan perkongsian kereta bagi memastikan setiap pengundi Malaysia yang layak untuk pulang mengundi tanpa sebarang halangan.

 

2

 

Menawarkan rangkaian luas kereta mampu milik, SOCAR dan TREVO memenuhi pilihan yang pelbagai dan memastikan perjalanan yang selesa walaupun jauh dan merentas negeri.

Selain itu, setiap kereta telah dilengkapi dengan perlindungan insurans dan pelbagai nilai tambah perkhidmatan, menjadikan keseluruhan proses penyewaan tanpa kerumitan dan mudah.

Sepanjang tempoh mengundi, SOCAR kini menawarkan promosi eksklusif melalui kod JOMUNDI untuk diskaun 40 peratus  bagi tempahan minimum 2 hari atau OGOS2H untuk 2 jam PERCUMA kereta  sewa, terpakai untuk tempahan minimum 6 jam.

Tawaran tersebut sah antara 2 hingga 15 Ogos 2023 dengan tempoh pemanduan antara 7 hingga 15 Ogos.

TREVO pula menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus diskaun dengan kod VOTEPRN25, dihadkan pada RM80.00 untuk perbelanjaan minimum RM200.00.

 

3

 

TREVO turut menawarkan POTONGAN RM120 untuk perbelanjaan minimum RM400.00, dengan kod VOTEPRN120 daripada kini hingga 17 Ogos, dengan tempoh pemanduan sah sehingga 21 Ogos.

Selain daripada promosi di atas mereka turut menyediakan perkhidmatan pemandu yang diperibadikan melalui Buddy Driver.

Tersedia melalui aplikasi TREVO, pengundi boleh melupakan cabaran mencari tempat letak kereta di pusat mengundi yang sibuk, di mana anda akan memiliki pemandu peribadi untuk membantu anda ke lokasi tanpa sebarang masalah.

Pemandu peribadi akan mengendalikan semua logistik tempat letak kereta, memastikan pengalaman penghantaran dan pengambilan yang lancar, menjimatkan masa, dan memberikan ketenangan fikiran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, fokus utama JSPT adalah memastikan aliran trafik lancar dan terkawal buat pengguna…
Berita Domestik
  Mengikut laporan dari Harian Metro, jualan tiket bas terutama dari Lembah Klang ke Kelantan…
Berita Domestik
PLUS memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai, dan akan…