Pulau Pinang mahu bina litar lumba kekal di Batu Kawan

oleh Mohamad Hanif|
Selepas berita berkenaan pembinaan litar antarabangsa yang khusus untuk supercar di Langkawi, negeri jirannya Pulau Pinang pula mahu membina litar khusus untuk sukan permotoran di Batu Kawan.

Menurut laporan daripada The Star, pengerusi jawatankuasa belia dan sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee berkata, plot seluas 2.8 hektar telah pun dikenalpasti di sebelah timur Kompleks Sukan Batu Kawan bersebelahan dengan Sungai Jawi.

Tambah beliau lagi, ia merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan untuk menyediakan Bandar Sukan serta melahirkan bakat baharu di dalam sukan permotoran.

Litar baharu ini juga akan turut digunakan sebagai lokasi penganjuran sukan perlumbaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kesemua cadangan yang hendak dihantar perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) seperti menyediakan ruang penonton, lot parkir dan pejabat pentadbiran.

Menurut Soon lagi, Pulau Pinang mempunyai sebilangan besar peminat sukan permotoran, namun sukar untuk mendapatkan peluang yang baik disebabkan kekurangan fasiliti perlumbaan yang sempurna.

"Diharapkan, litar ini bakal menjadi lokasi kekal untuk berlumba secara sah tanpa membahayakan pengguna di atas jalan raya umum. Kami berharap dapat menyiapkan projek ini dalam masa tiga tahun," ujarnya lagi.

Berita asal dari The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pelbagai langkah penguatkuasaan telah diambil bagi membendung kes pemandu mabuk di…
Informasi
Jegan berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan hasil semakan mendapati ia…
Berita Domestik
"Pindaan Skim Kereta Api itu merangkumi beberapa penambahbaikan terhadap skop projek, terutama…