TESLA TAMBAH AKSES PENGECASAN DI DUA LOKASI DI PULAU PINANG

oleh Firdaus Razani|
Sejak pelancaran pertama pada lapan bulan yang lalu, kini Tesla terus komited untuk menyediakan rangkaian pengecasan yang lebih lancar kepada pengguna.

Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua stesen Pengecas Destinasi di The Ship Campus, Batu Kawan dan All Seasons Place.

 

TESLA

 

Penambahan infrastruktur pengecasan tersebut juga memberi akses kepada pemilik Tesla menikmati pengecasan merentas negara dari Singapura ke Johor dan Pulau Pinang.

Stesen Pengecasan Destinasi Tesla juga menyediakan pilihan pengecasan yang mudah dan boleh dipercayai untuk pemilik Tesla.

 

TESLA

 

Melalui aplikasi Tesla, pemilik mampu menavigasi dengan mudah, memantau status pengecasan, dan menerima notifikasi sekiranya kenderaan sedia untuk digunakan

Stesen Pengecasan Destinasi The Ship Campus menyediakan lapan Pengecas Destinasi; manakala Stesen Pengecas Destinasi All Season Place menyediakan empat Pengecas Destinasi.

Dengan jumlah dari dua lokasi tersebut, ia menjadikan sebanyak 12 Pengecas Destinasi ditambah ke Pulau Pinang buat ketika ini.

 

TESLA

 

Sehingga hari ini, di Malaysia terdapat enam stesen Supercharging dan lapan stesen Destination Charging yang menawarkan sejumlah 30 Supercharging dan 37 Destination Charging di bandar-bandar utama Malaysia.

Tesla merancang untuk akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan di Pulau Pinang dan meluaskan liputan pengecasan di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Domestik
Bagi memperingati detik ini, Tesla melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week yang berlangsung sehingga…