Puma Fi - kasut pintar yang mampu mengikat tali dengan sendiri

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah tali kasut yang sering kali tertanggal boleh mengganggu tumpuan ketika pemanduan atau sedang berlari, terutama bagi mereka yang mudah menggelabah akibat kasut yang terlalu longgar. 

Usah risau kerana Puma sebagai salah sebuah pengeluar kasut pintar telah memperkenalkan produk kasut yang mampu mengikat tali dengan sendiri. 

Rekaan kasut ini menampilkan penggunaan kabel sebagai pengganti kasut yang dikawal menerusi modul elektrik yang terletak di bahagian tradisi tali kasut dan bateri yang mampu bertahan selama lima hari selain boleh dicas menerusi pengecasan tanpa wayar.
 


Modul elektrik ini boleh dikawal menggunakan telefon pintar setelah sistem mengesan saiz kasut yang berpadanan dengan saiz kaki pengguna - mengelakkan kasut yang mudah tercabut.

Malah, modul ini juga boleh dikawal menerusi peranti Apple Watch, membolehkan pengguna melaras kekuatan ikatan ketika sedang berlari ataupun tiba-tiba anda merasakan kasut terlalu ketat ketika sedang memandu tanpa perlu memberhentikan kenderaan. 

Sistem Puma Fi akan ditawarkan kepada pasaran bermula musim bunga dengan harga $330 (RM1,352) sepasang. 

 

Sumber: Amanz dan New Atlas

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih…
Berita Global
Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan…
Berita Global
Dinamakan sebagai Ferrari ION F, ia membawakan ciri-ciri elegan dan anggun daripada Ferrari SF90…