Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan membawakan rekaan tekstur fabrik suede dan tapak kasut putih hitam seperti yang terdapat pada kasut New Balance 327.
Pada bahagian kanan crossover ini terpampang logo New Balance, sementara bahagian kiri pula menampilkan penjenamaan Nissan Kicks 327 Edition.
Kemasan unik turut didatangkan pada bahagian bumbung di mana Nissan Kicks tersebut dipasangkan dengan kolar kasut serta tali putih pada bahagian tersebut.
Nissan sedang mempamerkan model 'kasut' Kicks 327 Edition ini di Nissan Crossing, Ginza, serta melancarkan kempen pemasaran yang digelar sebagai "Catch the Kicks".
Orang ramai yang berjaya mengesan kehadiran Nissan Kicks yang unik ini perlu memuat naik gambar menerusi akaun Twitter untuk melayakkan diri memenangi sebuah Nissan Kicks e-Power 4WD.
【スニーカーになった #日産キックス 】#NewBalance327 と日産キックスe-POWER 4WDがタイアップし、特別なキックスを製作。
— 日産自動車株式会社 (@NissanJP) January 24, 2023
その名も、NISSAN KICKS 327 EDITION。https://t.co/8X8uBY3bWj
この冬、街中をフットワーク軽く駆け巡る。
ただいま #NISSANCROSSING で展示中! pic.twitter.com/AfRQnsqfM2
Bagi mereka yang mahukan kasut New Balance 327 serba baharu, mereka hanya perlu mengulang ciap (retweet) hantaran Nissan di laman mikroblog itu.
Sumber: Twitter Nissan JP