Pusat 4S baharu Proton di Sungai Petani

oleh SALINA JALIL|
Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd yang telah beroperasi sebagai cawangan pengedar Proton sejak 2005 telah pun menaiktaraf sebagai 4S sejajar dengan permintaan dari pihak pengurusan Proton sendiri untuk memberi pengalaman perkhidmatan berkualiti serta memberi imej baharu terhadap jenama Proton.


Cawangan ini yang terletak di kawasan komersil yang padat serta berdekatan dengan jalan utama bersama syarikat-syarikat pengeluaran kereta yang lain. Kos pengubahsuaian cawangan ini dianggarkan bernilai RM1 juta, dengan kawasan seluas 2,869 meter persegi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

 

Cawangan yang dinaiktaraf ini juga mempunyai ruang letak kereta yang luas, dengan 80 tempat letak kereta untuk pelanggan serta kemudahan lain seperti:-


- Ruangan minuman
- Wi-Fi percuma
- 6 ruang pengecasan komputer riba
- Ruangan kanak-kanak
- Perkhidmatan tint kereta untuk pelanggan sedia ada dan baharu
- 14 petak penyelenggaraan (sebelum ini 12)
- 11 servis pengangkat (sebelum ini 7; 2 pit hole untuk servis pantas & 1 pit hole untuk pengimbangan dan penjajaran tayar)

 

Tony Thinagharan, selaku Pemangku Pengarah, Perancangan & Pembangunan Rangkaian Proton telah hadir untuk merasmikan majlis tersebut.

Cawangan yang dinaiktaraf ini dijangka akan meningkatkan jumlah jualan sebanyak 70%, dan jumlah servis sebanyak 50%.

Cawangan ini turut menawarkan perkhidmatan mengambil kereta secara percuma dari rumah/pejabat pelanggan di dalam jarak lingkungan 5km.

 

 

 

 

Menurut  Allan Wong Keng Seng, Pengarah Urusan Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd, pelaburan untuk menaiktaraf yang dilakukan adalah berbaloi, kerana kini, permintaan pelanggan untuk membeli sebuah produk telah berubah. Selain produk yang baik dan relevan, perkhidmatan yang baik, beretika dalam berurusan dengan pelanggan bermula dari khidmat jualan hingga ke servis juga dititikberatkan untuk meneruskan perniagaan yang berjaya.


Lokasi cawangan ini adalah seperti berikut: 
No 1, Jalan Batu Lintang off Lencongan Barat, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Jumlah kakitangan
Kakitangan Jualan : 21 orang (sebelum ini 16 orang)
Kakitangan Servis : 50 orang (sebelum ini 38 orang)

Waktu Operasi:

Bahagian Jualan:
Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 7.00 malam
Ahad & Cuti Umum : 9.30 pagi – 6.00 petang

Bahagian Servis:
Isnin – Sabtu : 8 pagi – 5.00 petang

Nombor Pejabat
Tel : 04-4319828 (Jualan) & 04-4319829 (Servis)
E-mel : [email protected]
Pengurus Cawangan : Mr Allan Wong
Pengurus Servis : Mr Loo Kok Chin

 

mercu 1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menjelaskan, pelancaran sistem…
Berita Domestik
Ditubuhkan pada tahun 2021 dengan hanya satu outlet makanan dan minuman dan barangan cenderahati,…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…