PUSPAKOM tawar pemeriksaan percuma bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma bersempena sambutan Aidilfitri bermula hari ini sehingga 12 Mei ini.


Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, berkata kempen VVI itu dianjurkan bagi kenderaan persendirian dengan pemilik boleh membawa kenderaan menjalani pemeriksaan di cawangan berdekatan seluruh negara kecuali PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Walaupun musim perayaan ini rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun keselamatan kenderaan masih perlu dititikberatkan.

 

"Ini kerana kenderaan masih lagi digunakan untuk bergerak melakukan aktiviti harian seperti pergi bekerja atau membeli barang keperluan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jaga jarak! Jaga kenderaan! Jom buat pemeriksaan VVI percuma! juga dipilih sebagai tema baharu PUSPAKOM dalam menganjurkan kempen VVI tahun ini.

 

Shukor berkata, kempen VVI bertujuan mengubah persepsi masyarakat seterusnya meningkatkan kesedaran dan kefahaman mereka terhadap aspek keselamatan kenderaan.

 

"Kenderaan bukan hanya perlu diselenggara pada musim perayaan, atau sebelum memulakan perjalanan jauh, tetapi juga harus menjalani pemeriksaan secara berjadual.

 

"Ini akan memastikan keadaan kenderaan beroperasi pada tahap yang terbaik.

 

"Terdapat 25 item yang akan diperiksa termasuk ujian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, cermin gelap, bahagian atas dan bawah kenderaan," katanya.

 

Beliau berkata, bagi memastikan pelanggan yang hadir pemeriksaan mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga bagi mengelak daripada kesesakan di cawangan PUSPAKOM, pelanggan dikehendaki membuat janji temu secara dalam talian.

 

"Pelanggan boleh membuat janji temu dalam talian menerusi www.mypuspakom.com.my.

 

"Bayaran pemprosesan MyPUSPAKOM yang dikutip pada waktu tempahan akan dipulangkan selepas pemeriksaan selesai," katanya.

 

Selain di cawangan, Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM akan turut berada di dua lokasi bagi menawarkan pemeriksaan percuma di Wisma DRB-HICOM, Shah Alam pada 3 Mei dan pekarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 8 Mei ini dengan kerjasama Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK).

 

Unit Pemeriksaan Bergerak akan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada tarikh yang dijadualkan.

 

Sebarang maklumat terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my.

 

Selain itu, orang ramai boleh ikuti perkembangan melalui Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…