Rangka kereta dan tengkorak ditemui 10 bulan selepas dipercayai kemalangan di PLUS

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang mangsa kemalangan hanya tinggal tengkorak selepas ditemui berhampiran kenderaannya yang remuk selepas terbabit di dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian dipercayai berlaku 10 bulan lalu dan rangka kenderaan serta tengkorak mangsa ditemui oleh pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang membersihkan longkang di cerunan tepi di lokasi KM 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng - Pagoh jam 1.10 pm semalam.

 

 

Dari siasatan awal polis, kereta itu terlindung sebalik semak di kawasan cerun itu dan berada lebih kurang 67 meter dari lebuh raya.

Tengkorak itu pula ditemui berhampiran dengan kenderaan jenis Hyundai Sonata tersebut. Pemilik dan waris Sonata itu sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis sedang menyiasat satu laporan polis orang hilang yang dibuat pada Jun tahun lalu dan mungkin ada kaitan dengan kemalangan tersebut.

Tengkorak itu pula sudah dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…