Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengendali pengangkutan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyediakan perkhidmatan bas khas kepada peminat sukan permotoran bagi menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.

Rapid Bus dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menurut kenyataan itu tiket bas akan dijual di stesen LRT terpilih iaitu KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral serta kaunter kad konsesi MyRapid di hab bas Pasar Seni dan kaunter 10 Hab Pengangkutan KLIA Terminal 2.

"Selain itu, pembelian tiket juga boleh dibuat secara dalam talian mulai 28 Okt (Sabtu) di laman shop.myrapid.com.my. Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi menggelakkan beratur panjang ketika hendak ke SIC," menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memaklumkan pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC ketika berlangsungnya MotoGP itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…