Rapid Rail bakal terima 19 set tren baharu untuk laluan Kelana Jaya

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid Rail Sdn Bhd bakal menerima 19 set tren 4-gerabak baharu sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan operasi LRT Kelana Jaya di bawah kendaliannya yang telah beroperasi sejak 24 tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicle 27 (KLAV27), tren-tren baharu itu akan diterima secara berperingkat bermula Jun 2023 hingga Disember 2024 bagi menggantikan sebahagian operasi tren 2-gerabak yang telah digunapakai sejak 1998.

Menurut Rapid Rail, bilangan tren yang terhad adalah disebabkan oleh masalah kekurangan alat ganti, seperti contoh takometer - peranti yang digunakan untuk mengukur tahap kelajuan, kedudukan dan arah pergerakan tren.

 

LRT Kelana Jaya


Alat tersebut telah pun ditempah sejak pertengahan Mei 2022 dari pembekal di Eropah, namun ia dijangka mengalami kelewatan penghantaran daripada jadual asal, iaitu bulan Disember disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan komponen elektronik.

Ia dijangka akan diterima secara berperingkat bermula sekarang hingga bulan Mei 2023, namun pihak Rapid Rail sedang dalam perbincangan dengan pihak pembekal supaya penghantaran alat ganti tersebut dapat dipercepatkan.

Pihak Rapid Rail menjangkakan kekerapan tren akan kembali kepada tiga minit menjelang bulan September 2023, berbanding lima minit pada waktu puncak dan tujuh minit di luar waktu puncak.
 

MRT


Pihak Rapid Rail turut berusaha untuk menambahbaik MRT Laluan Kajang yang kini beroperasi menggunakan 26 buah tren dengan kekerapan 6 minit waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.

Bilangan tren yang terhad dalam disebabkan oleh keadaan roda beberapa tren yang hampir haus dan memerlukan penggantian segera.

Sebanyak 1,040 unit roda baharu telah dibeli dan program penggantian roda kini dijalankan secara berperingkat bermula Jun 2022 dan dijangka siap menjelang Ogos 2023.

Ini kerana kerja-kerja menggantikan roda itu memerlukan tempoh masa bagi memastikan kualiti pemasangan yang lebih sempurna demi keselamatan

Rapid Rail menjangkakan kadar kekerapan tren MRT Laluan Kajang ini dapat dikembalikan kepada empat minit waktu puncak pada bulan Ogos 2023.
 

kesesakan


Bermula 25 Oktober, jadual waktu puncak akan dilanjutkan dari 7.00 pagi hingga 9.30 pagi (berbanding 9.00 pagi pada jadual lama), sementara waktu puncak petang pula akan bermula jam 5.00 petang hingga 7.30 malam (berbanding 7.00 malam jadual lama).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan Rapid Rail, seorang lelaki yang disyaki mengalami gangguan mental telah bertindak…
Berita Domestik
  "Pasukan kejuruteraan Rapid Rail berjaya menggerakkan tren tersebut pada 6.49 petang dan…
Berita Domestik
Stesen LRT yang terlibat ialah Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan juga…