RASMI: 112 unit Lamborghini Countach LPI 800-4 2022 habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mengejutkan apabila Lamborghini berjaya menghabiskan kesemua 112 unit supercar hibrid edisi terhad Lamborghini Countach LPI 800-4 selepas beberapa hari dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Top Gear, model yang dibangunkan berasaskan Sián dan Aventador itu dijual pada harga bernilai $2.64 juta (RM11.19 juta) setiap satu termasuk cukai.

Countach moden itu dibangunkan bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 penghasilan model Countach yang asal, di mana ia menggunakan trenkuasa yang diperoleh daripada Sián FKP 37.
 

Countach


Ini bermakna, Countach LPI 800-4 didatangkan dengan enjin 6.5 liter bentangan V12 hibrid yang menghasilkan 803 kuasa kuda, sistem transmisi tujuh nisbah kelajuan serta sistem pacuan semua roda.

Spesifikasi penuh Countach boleh dibaca pada pautan di bawah.

Baca: Lamborghini Countach LPI 800-4 2022
Baca: Lamborghini Countach LP 400 S 1979 'The Cannonball Run'

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Sesetengah kita mungkin berpendapat ia sebuah model retro moden yang menarik perhatian, dan ada…
Berita Global
Ia juga merupakan antara model-model terakhir yang dilengkapi dengan nadi V12 6.5 liter yang…
Berita Global
Sebanyak 112 unit sahaja yang diproduksikan, dan seperti yang dijangka kesemua unit tersebut telah…