Rasmi: Audi, Porsche sah sertai F1

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama khabar angin tersebar, berita berkenaan penyertaan Porsche dan Audi ke dalam sukan berprestij Formula One akhirnya disahkan sendiri oleh CEO kumpulan Volkswagen, Herbert Diess.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi acara siaran langsung di YouTube "Dialog with Diess", beliau turut menyatakan Volkswagen sendiri tidak akan menyertai F1 kerana langkah tersebut tidak sesuai dengan imej jenama tersebut.

Kemasukan Audi dan Porsche ke dalam sukan F1 merupakan satu peluang keemasan, memandangkan terdapat peraturan baharu yang bakal diperkenalkan pada tahun 2026, dimana jentera F1 akan menggunakan 100 peratus bahan api sintetik - perkara yang sedang diterokai oleh Porsche pada ketika ini.

Selain itu, barisan pengarah Kumpulan turut menyebut para jurutera mereka memerlukan tempoh masa tiga hingga empat tahun untuk membangunkan trenkuasa F1,  jadi ini merupakan masa yang sesuai bagi mereka untuk memulakan persediaan menghadapi musim 2026.

Ketika ditanya kenapa mereka memilih F1, Diess menjelaskan, "jika anda melihat kepada acara sukan utama di dunia, hanya sukan Formula One sahaja yang dilihat penting dan semakin berbeza.
 

porsch


"Jika anda terlibat dalam sukan permotoran, anda harus turut serta dalam Formula 1, ini kerana impak yang diberikan adalah paling hebat. Selain itu, anda tidak boleh memasuki F1 melainkan sekiranya satu tetingkap teknologi terbuka (merujuk kepada perubahan peraturan), jadi semua orang boleh bermula dari satu tempat yang sama.

Semenjak khabar angin tersebar, Porsche dikatakan akan bekerjasama dengan Red Bull, manakala Audi pula dilapor akan mengambil alih McLaren.

Namun begitu, tidak semua ahli dalam barisan pengarah Kumpulan VW berkenan dengan langkah untuk memasuki dunia F1.

Menurut Diess, perbincangan barisan pengarah sebenarnya bukanlah sebulat suara, di mana kami pastinya mempunyai keutamaan lain secara strategik.

"Ia tidaklah seharusnya berkenaan sukan permotoran semata-mata, namun kenderaan kami perlulah secara teknikal selari dengan perkembangan teknologi semasa, kami perlu boleh memandu secara autonomi, kami memerlukan keupayaan perisian, kami memerlukan bateri untuk kenderaan kami. Kami mempunyai perkara untuk dilakukan, dan kami tidak perlu pun untuk menyertai sukan F1," Diess menyebut sesetengah hujah balas yang dilontarkan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan langkah menyertai F1.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…