RASMI: Kad generasi baru TNG dengan sokongan NFC sudah mula dijual, RM10

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go hari ini secara rasmi mengumumkan kehadiran kad generasi baharu yang hadir dengan sokongan NFC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan kad generasi baharu ini, para pengguna boleh terus melakukan tambah nilai menggunakan aplikasi TnG eWallet tanpa perlu berkunjung ke kiosk fizikal atau kedai-kedai seperti kebiasaan sebelum ini, selain boleh mengelakkan sebarang surcaj yang dikenakan oleh sesetengah kedai.

 


Pembelian kad baharu ini boleh dibuat menerusi aplikasi TnG eWallet atau melalui kedai fizikal TnG dengan harga jualan RM10.

Pengguna peranti pintar Android dan Apple boleh mengemaskini aplikasi TnG eWallet kepada versi terkini, di mana satu menu baru 'TNG Card' akan muncul pada laman utama yang menyediakan cara untuk mendapatkan kad baharu itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan, lelaki berusia 27 tahun itu telah ditahan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini…