Kedua-dua jenama Proton dan Mellors Elliot Motorsport bukanlah jenama yang asing kepada British Championship, memandangkan kedua-duanya pernah menceburkan diri menggunakan Satria S2000 empat tahun sebelum ini.
Untuk musim kali ini, Proton dan Mellors Elliot Motorsport akan menggunakan jentera homologasi baharu Iriz R5, dan merupakan satu-satunya jentera yang menerima penarafan FIA dalam konfigurasi pemanduan kanan dan kiri.
Jentera Iriz R5 telah membuktikan prestasinya sebelum ini pada acara-acara besar seperti di Woodpecker, Trackrod, Malton dan juga Grizedale.
Mellors Elliot Motorsport mempunyai sejarah penglibatan yang sangat panjang bersama jenama Proton, jika kita mengimbas kembali detik-detik awal pada tahun 2002 apabila mereka menjadi juara di dalam kelas Production World Rally menerusi Karamjit Singh di dalam jentera Proton Pert.
Mereka juga bertanggungjawab ke atas kempen Proton WRC2 pada tahun 2012 apabila PG Anderson memperoleh kemenangan di Sweden dan Finland, sekaligus meriah tempat kedua keseluruhan di dalam siri tersebut.
Di dalam siri British Rally Championship, prestasi terbaik Ollie Mellors adalah merah tempat keempat secara keseluruhan di Circuit of Ireland National empat tahun yang lalu.
Siri ini akan dimulakan dengan Cambrian Rally, North Wales pada 8 Februari ini, dan pasukan rali Proton akan ditaja sepenuhnya oleh jenama Arak Thornbridge Brewery, Reliable Vehicle Logistics dan Michelin.
Sumber: MEM