Recall: JPJ umum panggilan semula Siri 3 - turut libatkan trak MAN dan motosikal Honda

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini telah mengadakan hebahan umum Siri 3 untuk panggilan semula (recall) yang melibatkan beberapa model jenama kereta, termasuk beberapa buah trak MAN dan motosikal Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya merupakan susulan kepada panggilan semula umum yang dimulakan pada tahun ini, di mana Siri 1 diumum pada bulan April dan Siri 2 diumum pada bulan Ogos lepas.

 

2

 

Untuk panggilan umum Siri 3 itu, jenama mewah Mercedes-Benz menjadi antara jenama yang melibatkan model paling banyak dengan keseluruhan 2,116 unit.

Antara model yang terlibat termasuklah GLC 300 4Matic tahun 2022-2023 (155 unit), EQS 450+ tahun 2021-2023 (5 unit) dan EQS 500 4Matic (167 unit).

Sejumlah 1,789 unit turut melibatkan model C 200, C 300, E 200, E 300, GLC 200, GLC 300 4Matic, GLC 300e 4Matic, Maybach S 580 4Matic dan S 580e tahun 2021-2023.

 

3

 

Antara jenama lain yang turut terlibat ialah Nissan Leaf tahun 2019-2022 (84 unit), Peugeot 208 dan 2008 tahun 2017-2020 (1,262 unit), serta model Citroen & DS dengan 771 unit keseluruhan.

Kali ini juga ia turut melibatkan dua model trak jenama MAN, iaitu TGS 18.360 4×2 BL SA (3 unit) dan TGS 28.440 BL SA (19 unit), serta sebuah model motosikal Honda, iaitu CBR600R4 tahun 2020-2021 (15 unit).

 

4

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…