Recall - Suzuki Malaysia sahkan model GIXXER 250 dan GIXXER SF250 pemasangan tempatan tidak terlibat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suzuki Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model Suzuki GIXXER 250 dan GIXXER SF250 pemasangan tempatan tidak terlibat dengan prosedur panggilan semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250 telah dipanggil semula melibatkan isu pada bahagian enjin, atau lebih tepat pada bahagian aci sesondol (camshaft).

2

Menurut Suzuki India, terdapat isu kehausan tidak normal pada lobes camshaft bahagian ekzos, di mana ia mengakibatkan enjin mati secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi tidak normal.

Untuk pengetahuan, ketiga-tiga model tersebut dilengkapi enjin silinder tunggal bersesaran 249 cc SOHC dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, menghasilkan sehingga 26.7 HP dan 22.2 Nm.

 

 

Baca: Suzuki Malaysia lancar GIXXER 250, GIXXER SF250

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…