SUZUKI MALAYSIA LANCAR SKUTER BAHARU, AVENIS - 125CC, HARGA DARI RM6,980

oleh Firdaus Razani|
Suzuki Malaysia mengukuhkan kehadiran jenama Suzuki dalam segmen skuter kapasiti kecil di Malaysia dengan model terbaharu iaitu Avenis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang menjanakan kuasa sebanyak 8.7PS pada 6750 RPM dan tork sebanyak 10Nm pada 5500 RPM.

 

avenis

 

Direka khas bagi golongan muda, Avenis bakal memenuhi keperluan penggunaan harian yang memerlukan asimilasi penawaran pakej prestasi, keselesaan serta teknologi terkini.

Ia turut hadir dengan skrin LCD dengan susunan info yang intuitif serta kehadiran indikasi pengendalian bahan api ekonomi yang berkesan untuk sebuah skuter kompak.

 

avenis

 

Dengan menggunakan konsep aktif ‘On-The-Go’, Avenis turut melengkapkan skuter ini dengan penutup inlet bahan api yang diletakkan di bahagian luar belakang tempat duduk.

Dengan kapasiti tangki bahan api 5.2 Liter, Avenis memberikan jarak perjalanan yang sempurna sekaligus dapat mengurangkan kekerapan pengisian semula untuk kegunaan seharian.

 

avenis

 

Avenis turut menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk sebanyak 21.5 Liter, dua gantungan topi keledar, dan dua gantungan utiliti sebagai aksesori tambahan.

avenis

Ia juga menampilkan ruang kompartmen penyimpanan yang dilengkapi pot pengecasan USB.

Avenis tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Metallic Matte Fibroin Grey dengan Metallic Lush Green, Metallic Matte Black dengan Glass Sparkle Black, dan edisi khas Metallic Sonic Silver dengan Triton Blue 'Edisi GP' yang menampilkan grafik perlumbaan Suzuki.

 

avenis
Metallic Matte Fibroin Grey dengan Metallic Lush Green

 

avenis
Metallic Matte Black dengan Glass Sparkle Black

 

Tanda harga bagi skuter 125cc, Suzuki Avenis ini adalah bermula dari RM6,980 manakala bagi Avenis edisi GP bermula dari RM7,200.

Kini ia boleh didapati di semua pengedar Suzuki di seluruh negara.

 

avenisavenis

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…