Namun, untuk pasaran Amerika Syarikat, Honda nampaknya mempunyai sesuatu yang lebih berbeza, dan ia dibuktikan menerusi lakaran yang didedahkan baru-baru ini.
Disifatkan sebagai sebuah crossover yang lebih sporti dan versatil, Honda HR-V 2023 kini tampil dengan rekaan yang lebih unik dan 'lebih hidup' jika dibandingkan dengan model HR-V pasaran global.
Menerusi lakaran terbaharu ini, Honda HR-V 2023 membawakan rekaan gril berbentuk melonjong, unit lampu utama dengan DRL berbentuk L, diikuti dengan rekaan lampu belakang dengan grafik yang lebih menonjol.

Tidak seperti model HR-V sedia ada dengan pemegang pintu belakang yang tersembunyi, Honda HR-V 2023 membawakan pendekatan yang lebih konvensional, diikuti dengan garis bahu yang lebih tegap.
Di Amerika Syarikat, Honda HR-V merupakan salah satu model terpenting buat Honda, dengan 137,090 unit telah terjual untuk tempoh tahun lalu.
Tarikh pelancaran Honda HR-V 2023 tidak didedahkan lagi buat masa ini.