Remaja perempuan miliki lesen L ditahan, lakukan aksi berbahaya tunggang motosikal

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Baru memiliki lesen L namun seorang remaja perempuan sudah berani melakukan aksi berbahaya menunggang motosikal sambil membonceng rakan lelakinya sebelum ditahan polis, semalam (Sabtu).


Malah, remaja berusia 19 tahun itu turut menunggang motosikal Yamaha Y15 dengan laju dan memasuki laluan bertentangan sejauh kira-kira 14 kilometer sebelum ditahan di Jalan Merbau Kurung, dekat sini, jam 6 petang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Remaja perempuan itu dipercayai baru berkenalan sebulan lalu dengan pasangannya berusia 16 tahun dan kedua-duanya berasal dari Kulim.

 

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang diketuai Inspektor Mohamad Yusri Ahmad Adlan yang ketika itu melakukan operasi Op Samseng Jalanan melihat motosikal yang ditunggangi dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

 

Beliau berkata, perbuatan merbahaya yang mereka lakukan dengan membuat aksi zig zag dan masuk ke laluan bertentangan dengan ditunggang secara laju boleh mengundang bahaya pada diri mereka serta kenderaan lain.

 

"Pegawai dan anggota BSPT kemudian mengekori motosikal itu dan akhirnya berjaya menahan mereka yang berhenti di Jalan Kampung Sik Dalam untuk pemeriksaan lanjut.

 

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini (Ahad).

 

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 100 individu yang menunggang motosikal dalam operasi di Merbau Kudung dan Beris Jaya, di Sik.

 

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 77 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dilakukan.

 

"Kita turut menyita empat motosikal dalam operasi itu.

 

"Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya mengawasi anak masing-masing untuk mengelak mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti Samseng Jalanan di daerah ini," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik…
Berita Domestik
IPD Sepang mengesahkan telah menerima laporan polis pada 3 Oktober 2024, jam 12.17 tengah hari…
Berita Domestik
Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan yang menggunakan nama Nor Vincent dan Mr…