Rempuhan Putrajaya: APAD beri surat tunjuk sebab kepada pengendali treler

oleh Penyumbang Rencana|
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada pengendali treler yang terbabit dalam kemalangan maut di Putrajaya, pada Selasa.

APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dibuat bagi mendapatkan perincian mengenai kejadian kemalangan membabitkan 14 kenderaan yang meragut dua nyawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan itu, APAD sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut terhadap syarikat pengendali dapat dilaksanakan.

"Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Seksyen 62, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

"APAD tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan insiden yang berlaku ini amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, semakan awal mendapati motor lori treler tersebut telah dilesenkan di bawah kelas lesen Pembawa C.

"Dalam hal ini, APAD memandang serius isu membabitkan keselamatan orang ramai susulan insiden tersebut," kata kenyataan itu.

Pada Selasa, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong berdekatan susur keluar Jalan Persiaran Timur, Putrajaya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…
Berita Domestik
“Penggantungan itu ditetapkan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan…
Berita Domestik
Menurut kenyataan APAD, Kementerian Pengangkutan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana…