Walaupun dimensinya masih sama seperti sebelumnya, (tapak roda 2,705mm dengan panjang keseluruhan 4,672mm), rekaan luaran kini kelihatan lebih agresif dan maskular.
Kedua-dua varian (Koleos standard dan Signature) itu juga dipasang dengan lampu utama LED Pure Vision.
Selain itu penambaikan yang telah diberikan adalah:
- Bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang panjang sehingga ke bahagian lampu kabus pada kedua-dua sisi bersama kemasan dua tona
- Bampar belakang baharu yang menyerlah dengan krom tambahan dan kemasan dua tona
- Pilihan warna-warna baharu seperti hitam (Amethyst Black), merah (Millesime Red) dan perak (Ultra Silver), di samping warna sedia ada iaitu putih (Universal White) dan hitam metalik (Black Metallic)
- Rim aloi baharu bersaiz 19 inci untuk Koleos Signature dan rim 18 inci bagi varian Koleos
- Kedua-dua varian itu kini dilengkapi pintu belakang bebas tangan yang memudahkan pemandu. Ketinggiannya juga boleh dilaras berdasarkan kepada keperluan individu
- Dilengkapi ciri replikasi telefon pintar yang dipaparkan menerusi sistem multimedia R-LINK2 bersaiz 8.7 inci, ia sesuai untuk Apple CarPlay™ and Android Auto™
- Tempat duduk penumpang belakang didatangkan dengan ciri dua konfigurasi boleh laras untuk memberi lebih keselesaan
- Bumbung suria panoramik elektrik memberikan sentuhan premium, sekali gus meningkatkan ambien dalaman kabin (varian Koleos Signature sahaja)
- Tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan
Renault Koleos masih menggunakan enjin petrol 2.5 liter bersama transmisi automatik X-Tronic CVT. Enjin tersebut memberikan kuasa maksimum 171PS dan tork 226Nm, selain menawarkan penjimatan bahan api iaitu 8.1L/100km.
Renault Koleos baharu ditawarkan pada harga bermula RM179,888 bagi varian Koleos (standard) dan RM189,888 untuk Koleos Signature (harga di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
Sama seperti model-model Renault yang lain, Koleos hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia turut merangkumi satu pakej servis berkala selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana terdahulu).
Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan pada bulan November akan menikmati kadar tukaran (trade-in) sehingga RM15,000 selain jumlah penilaian kenderaan yang dijalankan.
Koleos baharu juga ditawarkan menerusi Renault Subscription.
Pelanggan boleh menikmati kebebasan dan fleksibiliti dengan Koleos baharu menerusi Renault Subscription tanpa perlu terikat dengan tempoh pinjaman yang lama serta tidak perlu bimbang terhadap kos penyusutan nilai.
Selain Renault Captur, Renault Koleos boleh dilanggan menerusi Renault Subscription dengan pelan berikut:
FIXED PLAN:
Varian |
Koleos |
Koleos Signature |
||
Tempoh |
2 tahun |
1 tahun |
2 tahun |
1 tahun |
Monthly Fee |
RM2,299 |
RM2,499 |
RM2,699 |
RM2,899 |
Had perbatuan tahunan |
20,000km / tahun |
20,000km / tahun |
||
Termasuk |
|
|
||
Penambahan pilihan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
- Pakej wear & tear RM100 sebulan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
|
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
- Pakej wear & tear RM100 sebulan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
|
SWITCH PLAN:
Varian |
Koleos |
Koleos Signature |
||
Tempoh |
2 tahun |
1 tahun |
2 tahun |
1 tahun |
Monthly Fee |
RM2,299 |
RM2,499 |
RM2,699 |
RM2,899 |
Had perbatuan tahunan |
20,000km / tahun |
20,000km / tahun |
||
Termasuk |
|
|
||
Penambahan pilihan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
- Pakej wear & tear RM100 sebulan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
|
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
- Pakej wear & tear RM100 sebulan |
- Tambahan perbatuan sejauh 10,000km/tahun dengan bayaran bulanan RM200
|
Dianjurkan pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre, ruang pameran Renault di PACE akan mempamerkan Megane R.S. 280 CUP supercharged yang dilancarkan baru-baru ini.
Pengunjung juga boleh memandu uji rangkaian terkini Renault di Malaysia. Ini termasuklah crossover Renault Captur, Koleos, Megane R.S. 280 CUP MT dan Megane R.S. 280 CUP EDC.
Maklumat lanjut mengenai Koleos baharu atau Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia