Renault Megane E-Tech Electric 2022 - crossover EV 218 hp/300 Nm, jarak gerak sehingga 470 km

oleh Mohamad Hanif|
Renault Megane, salah satu nama model yang popular di Eropah kini mendapat ahli keluarga baharu berupa sebuah crossover elektrik yang diberikan nama Renault Megane E-Tech Electric.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Crossover sifar emisi ini dibangunkan atas pelantar CMF-EV (masih ingat Nissan Ariya?) yang memiliki ukuran dimensi sepanjang 4.21 meter, dengan jarak antara roda sepanjang 2.7 meter dan berat sekitar 1,624 kg.

Dari segi rupa, ia membawakan banyak persamaan dengan versi pra-produksi yang diperlihatkan beberapa bulan yang lalu, dan datang standard dengan pemegang pintu yang tertanam, rim bersaiz 20 inci, dan juga logo retro baharu Renault.
 

CMF


Sementara ruang kabin Megane E-Tech Electric ini merupakan satu anjakan baharu daripada rekaan tipikal pada model konvensional Megane, diperlihatkan menerusi paparan digital yang digelar sebagai OpenR berbentuk L terbalik.

Gandingan skrin OpenR itu merangkumi skrin kluster instrumen 12.3 inci, serta skrin menegak bersaiz 12 inci beresolusi 1250x1562 untuk model varian yang lebih tinggi, atau skrin 9 inci dengan resolusi rendah untuk varian yang lebih murah.

Menurut Renault, Megane E-Tech Electric ini menggunakan upholsteri fabrik yang diperbuat daripada bahan kitar semula, dan 95 peratus daripada Megane E-Tech ini boleh dikitar semula menjelang akhir hayatnya.
 

CMF


Dari segi kuasa, Renault mendatangkan konfigurasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 130 hp/250 Nm atau 218 hp/300 Nm untuk versi tertinggi.

Dalam versi 218 hp, Renault Megane E-Tech ini mampu memecut sepantas 7.4 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 160 km/j.

Pek bateri pula boleh didapati dalam kapasiti 40 atau 60 kWh yang membenarkan jarak operasi 300 km atau sehingga 470 km.
 

CMF


Pembeli boleh menggunakan sama ada pengecasan AC 22 kW atau DC 130 kW, di mana dengan menggunakan stesen pengecasan DC 130 kW selama 30 minit, jarak operasi sejauh 300 km boleh dicapai.

Dengan menggunakan wallbox 7.4 kW selama lapan jam, Renault Megane EV ini mampu bergerak sejauh 400 km.

Tambah Renault lagi, pek bateri ini didatangkan dengan jaminan selama lapan tahun, dan akan digantikan dengan baharu secara percuma sekiranya kapasiti bateri merudum bawah 70 peratus dalam tempoh yang dinyatakan.
 

CMF


Renault Megane E-Tech Electric 2022 boleh ditempah bermula Februari 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun lalu, Renault Megane E-Tech Electric diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep…