Renault Megane E-Tech versi pra-produksi didedahkan - crossover 214 hp, jarak operasi 450 km

oleh Mohamad Hanif|
Renault baru-baru ini telah mendedahkan sebuah model crossover versi pra-produksi yang memberikan gambaran awal terhadap model Megane E-Tech elektrik sepenuh masa.

Tahun lalu, Renault Megane E-Tech Electric diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep eVision, dan ia merupakan model Renault pertama yang menggunakan platform CMF-EV - berkongsi dengan model EV Nissan Ariya.

 


Renault Megane E-Tech (atau MeganE) difahamkan bakal mempunyai motor elektrik berkuasa 214 hp, pek bateri berkapasiti 60 kWh yang mensasarkan jarak pergerakan sejauh 450 km mengikut data kitaran WLTP.

Terdapat kemungkinan besar Renault MeganE ini bakal ditawarkan dalam konfigurasi motor elektrik berkembar, memandangkan Nissan Ariya juga turut ditawarkan dalam spesifikasi yang serupa, dengan kuasa 302 hp dan pek bateri yang lebih besar.

 


Pengeluar automotif Perancis itu akan membina kira-kira 30 contoh kenderaan pra-produksi untuk proses pengujian di dalam dunia sebenar.

Produksi sebenar Renault Megane E-Tech ini akan mengambil tempat di kilang Duai, Perancis di mana versi produksi akhir akan diperlihatkan menjelang tahun hadapan.

Baca: Renault eVision Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada bahagian luar, Mégane Hatch dan Sport Tourer tampil dengan komponen baharu seperti bampar…
Berita Global
  Pada bahagian dalam, kedua-dua varian dilengkapi Paparan Maklumat Pemandu TFT saiz 10 inci…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto Express UK, walaupun lebih daripada 460 ribu unit telah pun dijual…